AGENDA MESYUARAT
Perkara - perkara yang perlu diutamakan dalam membentuk agenda adalah seperti berikut :
- Perutusan pengerusi
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara berbangkit dari mesyuarat lalu
- Senarai perkara - perkara baru yang hendak dibincangkan
- Pembentangan kertas - kertas kerja
- Hal - hal lain
- Penutup
Agenda ini hendaklah ditentukan bersama - sama dengan pengerusi. Pada umumnya, mesyuarat-mesyuarat diperingkat Jawatankuasa selalu mempunyai masalah dalam menetapkan agenda. Hal ini biasanya timbul kerana kekerapan mesyuarat berkenaan.
Salah satu cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menetapkan agenda di peringkat sebelum mesyuarat dengan persetujuan utama pengerusi.
Contoh agenda:
SURAT JEMPUTAN
Pihak urusetia hendaklah menentukan supaya ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan mesyuarat dan dokumen-dokumen berkenaan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat itu diadakan.
Surat jemputan mesyuarat mestilah mengandungi maklumat-maklumat asas seperti :
- Nama jawatankuasa/mesyuarat
- Tarikh dan tempat mesyuarat
- Masa mula dan masa dijangka tamat
- Agenda mesyuarat
- Nama pengerusi
- Jenis pakaian
Urusetia hendaklah menyatakan sama ada ahli-ahli yang dijemput dibenarkan menghantar wakil.